Rabu, 1 Mei 2013

PROMOSI TERAPI BEKAM UNTUK SEMUA, HUBUNGI SEGERA !!!


Bekam@Hijamah Warisan Terapi Rasulullah SAW

Mutiara Kalam Rasullullah  SAW tentang Berbekam 

Hadith Keutamaan Dan Manfaat Bekam

1] “Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu gunakan adalah berbekam.” (Muttafaq ‘alaihi, Sahih Bukhari (no. 2280) dan Sahih Muslim (no. 2214)

2] “Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah dengan berbekam.” (HR. Ahmad).

3] Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya pada bekam itu terkandung kesembuhan.” (Kitab Mukhtashar Muslim (no. 1480), Sahihul Jaami’ (no. 2128) danSilsilah al-Hadiith ash-Sahiihah (no. 864), karya Imam al-Albani)

4] Dari Ashim bin Umar bin Qatadah R.A., dia memberitahukan bahawa Jabir bin Abdullah R.A. pernah menjenguk al-Muqni’ R.A., dia bercerita: “Aku tidak sembuh sehingga aku berbekam, karana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: ‘Sesungguhnya terkandung didalamnya kesembuhan’.” (HR. Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Ya’la, al-Hakim, al-Baihaqi)

5] Dari Uqbah bin Amir R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “ Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu ada pada alat bekam atau minum madu atau membakar bahagian yang sakit. Dan aku membenci pembakaran (sedutan api) dan tidak juga menyukainya.” (HR. Ahmad dalamMusnad-nya)
Dari Ibnu Umar R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Jika ada suatu kesembuhan pada ubat-ubat kamu maka hal itu ada pada alat bekam.” Baginda bersabda: “Atau tegukkan madu.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar,karya al-Haitsami)

6] Dari Ibnu Abbas R.A., Nabi S.A.W. bersabda: "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al Hajjam) kerana ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot kaku dan mempertajam pandangan mata orang yang dibekamnya." (HR. Tirmidzi, hasan gharib)

7] “Jika pada sesuatu yang kamu gunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah berbekam (Sahih Sunan Ibnu Majah, karya Syaikh Al-Albani (II/259), Sahih Sunan Abu Dawud, karya Syaikh Al-Albani).
Dari Anas bin Malik R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Kamu harus berbekam dan menggunakan al-qusthul bahri." (HR. Bukhari, Muslim, Ahmad, dan an-Nasai dalam kitab as-Sunan al-Kubra)

8] “Semasa aku berjalan pada malam isra’ bersama para malaikat, mereka selalu berkata: Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”. (HR Sunan Abu Daud, Ibnu Majah, Sahih Jami'us Shaghir)

9] Dari Anas R.A., berkata: “Rasulullah S.A.W. bersabda: ‘Jika terjadi panas memuncak, maka ubatilah dengan bekam semoga tidak terjadi hipertensi (stroke) pada salah seorang diantara kamu yang akan membunuhnya’.” (diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitab al-Mustadrak)


Hadith Berkaitan Keadaan Ketika Melakukan Bekam Dan Titik-Titik Bekamnya


Dari Ibnu Abbas R.A., berkata: "Rasulullah S.A.W berubat dengan berbekam ketika beliau sedang ihram." (HR. Bukhari)

Dari Anas bin Malik R.A., berkata: “Nabi S.A.W. pernah berbekam ketika beliau tengah berihram karana rasa sakit di kepalanya.” (Sahih Ibnu Khuzaimah, karya al-A’zhami)

Dari Ibnu Abbas R.A., berkata: "Rasulullah S.A.W. berubat dengan berbekam ketika beliau sedang puasa." (HR. Bukhari)

Dari Abdullah bin Buhainah R.A., berkata: “Rasulullah S.A.W. berbekam di bahagian tengah kepalanya sedang baginda tengah berihram kerana pening yang baginda rasakan.” (HR. Bukhari)

Dari Ibnu Umar R.A., berkata: “Nabi S.A.W. pernah berbekam di kepalanya dan menyebutnya sebagai Ummu Mughits.” (Kitab al-Fawaaid, dinilai hasan oleh al-Albani)

“Rasulullah S.A.W. bersabda: ‘Tidak batal puasa orang yang muntah atau orang yang bermimpi (basah) dan tidak juga orang yang berbekam’.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Khuzaimah, sanad hasan oleh al-Albani)

Dari Jabir R.A., berkata: “Sesungguhnya Nabi S.A.W. jatuh dari kuda baginda dan menimpa batang pohon, sehingga kaki baginda patah. Waki’ R.A. berkata: ’Sesungguhnya Nabi S.A.W. berbekam di bahagian kaki yang terseradung’.” (Sahih Sunan Ibnu Majah, karya al-Albani)

Dari Jabir R.A.: “Nabi S.A.W. pernah berbekam kerana kaki baginda terseradung.” (Sahih Ibnu Khuzaimah)
Dari Anas bin Malik R.A.: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah berbekam di kedua urat merih (jugular vein) dan punggung bahagian atas.” (HR. Abu Dawud, disahihkan oleh al-Albani)

Dari Abu Kabsyah al-‘Anmari R.A.: “Rasulullah S.A.W. pernah dibekam dibahagian tengah kepalanya dan dipangkal punggungnya. Dan baginda bersabda: ‘Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak akan mudarat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu’.” (Sahih Sunan Abu Dawud (no. 3268), lihat juga kitab Jaami’ul Ushuul)

Disebutkan oleh Abu Nu’aim di dalam kitab ath-Thibbun Nabawi, sebuah hadithmarfu’: “Kamu harus berbekam di jauzatil qamahduwah, kerana sesungguhnya ia dapat menyembuhkan dari 5 penyakit.” Beliau menyebutkan diantaranya adalah kusta.

Hadith Berkaitan Tarikh Untuk Berbekam


Dari Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Dari Ibnu Abbas R.A., ia berkata: “Rasulullah S.A.W. bersabda: “Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kamu.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami)

Catatan:

Al-Khallal berkata: “Aku diberitahu Ishmah bin Isham, dia berkata: Aku diberitahu Hambal, dia berkata: ‘Abu Abdullah Ahmad bin Hambal biasa melakukan bekam pada bila-bila masa ketika darah tidak normal dan tidak kira waktunya’.”

Dari beberapa hadith di atas dapat disimpulkan bahwa Nabi S.A.W. biasa melakukan bekam ketika sakit, tanpa harus melihat bila waktunya, tanpa perlu menunggu hingga tiba waktu tertentu.

Hadith Berkaitan Halalnya Upah Bagi Pembekam (Hajjam)

Dari Ibnu Abbas R.A.: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah berbekam di kedua urat merih dan di bahagian antara kedua pundak yang merupakan pangkal punggung. Lalu baginda memberikan upah kepada pembekam. Seandainya upah bekam itu haram, pastilah baginda S.A.W. tidak memberinya.” (KitabMukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan ikhtishar oleh Imam al-Albani)

Dari Rafi’ bin Khadij R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apa yang didapatkan oleh seorang pembekam, maka sebaiknya upah itu diberikan sebagai makanan untuk binatang ternak.” (HR. Ahmad, ath-Thabrani, Abu Dawud, at-Tirmidzi)

Dari Ibnu Umar R.A.: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah mengundang seorang tukang bekam lalu dia membekam baginda S.A.W.. Setelah selesai, baginda bertanya kepadanya: ‘Berapa pajakmu?’ Dia menjawab: ‘Tiga sha’.’ Lalu baginda menawarkan satu sha’ dari pajaknya, kemudian baginda memberikan upahnya.” (Kitab Mukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan ikhtishar oleh Imam al-Albani)

Dari Ali R.A.: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah berbekam dan menyuruhku untuk memberi tukang bekam upahnya.” (Kitab Mukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan ikhtishar oleh Imam al-Albani)

Dari Anas bin Malik R.A., berkata: “Rasulullah S.A.W. pernah berbekam, baginda dibekam oleh Abu Thayyibah R.A. Lalu beliau menyuruh seseorang untuk memberikan dua sha’ bahan makanan kepadanya. Baginda memberitahu keluarganya, lalu mereka menghapuskan pajaknya.” (Kitab Mukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan ikhtisar oleh Imam al-Albani)

Catatan:

Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya dari ‘Ikrimah R.A.: “Ibnu Abbas R.A. memiliki tiga orang budak yang ahli bekam. Dua orang diantaranya dijadikan untuk sumber penghasilan dirinya dan keluarganya, sedangkan yang satu orang lagi khusus membekam dirinya dan keluarganya.” (Ath-Thibb, 1978, hasan ghorib)